suria

Nikita Mirzani dakwa Dewi Perssik seorang hiperseksual, siap kurung teman lelaki

Nikita (kiri) dedah kisah aib Depe di laman sosial.

SELEPAS mendakwa Dewi Perssik pernah menjalinkan hubungan songsang, Nikita Mirzani menuduh pula penyanyi berkenaan sebagai seorang hiperseksual.

Niita mendakwa Dewi atau lebih mesra disapa Depe juga pernah mengurung seorang lelaki hanya untuk dijadikan alat pemuas nafsunya.

"Dia dan kekasihnya tinggal serumah. Jika dia mahu melakukan apa sahaja tidak ada masalah.

nikita 2

Nikita berani mendedahkan kish aib rakan di media sosial.

"Dia (teman lelaki Depe) tidak boleh ke mana-mana, dia dikurung kerana Depe seorang hiperseksual," katanya.

Malah Nikita turut mencabar orang ramai bertanya sendiri kepada bekas teman lelaki Depe bagi mendapatkan kepastian apa yang diceritakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Saling bongkar aib, kali ini Nikita Mirzani pula tuduh Dewi Perssik pernah jalin hubungan songsang

"Teman lelakinya itu tiada duit. Kalau tak percaya dengan cerita ini, tanya sahaja kepada dia," katanya.

Perseteruan antara Nikita dan Depe sudah lama berlarutan dan kedua-dua mereka sering berbalas kenyataan di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain