suria

Tony Leung bahagia dengan isteri, gosip jalin hubungan sulit dengan penyanyi muda berita palsu

Tony bakal ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah.

SETELAH lama mendiamkan diri, pelakon veteran dari Hong Kong iaitu Tony Leung akhirnya tampil menafikan dirinya menjalinkan hubungan sulit dengan penyanyi Cosmic Girl, Cheng Xiao.

Tony, 61 berkata dia dan isteri menjalani kehidupan yang bahagia seperti pasangan lain.

Malah dia juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan berita palsu itu.

tony

Tony dan isteri jalani kehidupan bahagia.

"Baru-baru ini terdapat khabar angin dan kenyataan palsu yang serius mendakwa saya mempunyai hubungan sulit dengan seorang pelakon dan mempunyai anak tidak sah taraf.

"Ia memberi kesan serius kepada isteri saya Carina Lau. Semua itu hanya khabar angin dan ia sekadar rekaan semata-mata.

"Saya dan isteri menjalani perkahwinan yang bahagia.

ARTIKEL BERKAITAN: Happy Asmara pernah jadi mangsa gangguan seksual, lelaki miang janji beli kereta kalau ikut kemahuannya

ARTIKEL BERKAITAN: Identiti lelaki bertatu jadi tanya tanya, keluar makan dengan Britney Spears sampai 1 pagi

"Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar khabar angin tersebut," katanya memetik CNA.

Sebelum ini, Tony dilaporkan membeli sebuah rumah mewah di Jepun buat kekasih gelapnya yang sudah berbadan dua.

Untuk rekod, Tony dan Carina sudah mendirikan rumah tangga sejak 2008 namun pasangan ini belum memiliki cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain