suria

Saling bongkar aib, kali ini Nikita Mirzani pula tuduh Dewi Perssik pernah jalin hubungan songsang

Nikita dan Dewi saling bertelagah di media sosial.

ARTIS dari Indonesia iaitu Nikita Mirzani membuat pengakuan mengejutkan mengenai aktres Dewi Perssik sewaktu bersiaran langsung di media sosial baru-baru ini.

Nikita mendakwa bahawa Dewi pernah menjalinkan hubungan cinta songsang dengan seorang wanita ketika masih dalam penjara.

"Dulu masa dia dalam penjara, saksi Pondok Bambu, dia ada teman wanita," katanya.

size NP (1)

Nikita Mirzani menceritakan tentang Dewi sewaktu siaran langsung di media sosial.

Bukan itu sahaja, Nikita turut menuduh Dewi menjual dirinya.

Kenyataan balas Nikita itu dibuat selepas Dewi menggelarkan dirinya sebagai pelacur.

"Dia bercakap tentang pelacur tetapi dia tidak sedar. Dulu, dia juga menjual diri," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani hina pakaian anak macam lapik meja, Lolly senarai bekas bapa tiri sebagai ‘support system’

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami dedah Nikita Mirzani ugut bunuh anak... Lolly tertekan takut nak balik Indonesia

Ibu kepada tiga anak ini mengakui tidak gentar berdepan dengan Dewi.

"Memang remeh. Kalau saya cakap tentang keburukannya, walau hanya sepatah, dia boleh emosi setahun. Tengok saja," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain