suria

Blueface kena serang di gim, paha cedera ditusuk pisau 

Lelaki tidak dikenali tiba-tiba datang menyerang Blueface.

PENYANYI rap Blueface berdepan detik cemas apabila diserang seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang menjalani latihan tinju di sebuah gimnaisum di Los Angeles pada Khamis lalu.

Menerusi rakaman video yang tersebar, lelaki tersebut datang menghampiri Blueface atau Jonathan Jamall Porter, 26, sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka.

Jurulatih penyanyi rap tersebut, David Kaminsky cuba menenangkan keadaan selain cuba menghalang lelaki tersebut daripada mendekati Blueface.

blueface 2

Blueface cedera di bahagian paha.

Kaminsky seperti dipetik TMZ berkata, lelaki yang tampil memakai singlet putih dan seluar jeans biru itu turut mengugut mahu membunuh Blueface namun tidak mengetahui punca sebenar individu itu tidak berpuas hati dengan penyanyi rap berkenaan.

Blueface yang kemudiannya hilang sabar bertindak menumbuk lelaki berkenaan di bahagian muka sebelum suspek mengeluarkan pisau dari poket dan menyerangnya.

Akibat serangan itu, Blueface mengalami kecederaan di bahagian paha.

ARTIKEL BERKAITAN: Galak ikut cabaran orang muda, Kevin Hart tanggung akibat duduk atas kerusi roda

Sementara itu, menerusi satu laporan lain, lelaki berkenaan berjaya ditahan pihak polis dan didakwa melakukan serangan menggunakan senjata berbahaya.

Lelaki berusia 36 tahun itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sementara menanti perbicaraan.

Susulan kejadian itu, Blueface memberitahu dia tidak dapat meneruskan penglibatannya dalam satu perlawanan tinju yang dijadualkan berlangsung Oktober ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain