suria

Happy Asmara pernah jadi mangsa gangguan seksual, lelaki miang janji beli kereta kalau ikut kemahuannya 

Happy kembali menyanyi selepas trauma mula menghilang.

PENYANYI dangdut Happy Asmara mendedahkan dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual lelaki miang ketika membuat persembahan pentas.

Kata Happy, lelaki berkenaan yang ketika itu dalam keadaan mabuk mencium dan memegangnya sehingga membuatkan dia berasa tidak selesa.

Bagi mengaburi perbuatannya itu, lelaki itu turut berjanji mahu memberikan sebuah kereta dan motosikal sekiranya dia mengikuti kehendaknya.

Snapinsta.app_364631032_18347353660073742_7106929385188275560_n_1080

Happy trauma diganggu lelaki mabuk.

"Dia rapat, cium dan pegang saya.

"Dia janji akan memberikan kereta atau motosikal sekiranya yang mengikut katanya," ujarnya memetik saluran YouTube ANTV.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja nak datang Malaysia, tapi Happy Asmara takut naik pesawat

ARTIKEL BERKAITAN: Tiara Andini rakam lagu komposer Korea Selatan di Malaysia, cuba genre kpop sebagai kelainan

Happy berkata ketika itu dia masih berusia belasan tahun dan dijemput sebagai penyanyi di sebuah acara dikendalikan oleh Inul Dartista dan Indra Herlambang.

Malah dia juga mengambil masa yang lama untuk kembali membuat persembahan selepas kejadian tersebut.

"Mungkin dia fikir penyanyi dangdut mudah dibuat sebegitu, tapi dia tak tahu setiap orang itu berlainan," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain