suria

Identiti lelaki bertatu jadi tanya tanya, keluar makan dengan Britney Spears sampai 1 pagi

Britney keluar makan malam bersama seorang lelaki.

SELEPAS mendedahkan sudah berpisah dengan suami, penyanyi Britney Spears dilihat keluar makan malam bersama seorang lelaki misteri.

Mirror melaporkan bintang pop berusia 42 tahun itu dan lelaki berkenaan dilihat menikmati makan malam di sebuah restoran bertempat di Thousand Oaks, California pada Khamis lalu.

Pasangan itu dilihat meninggalkan premis restoran itu sekitar pukul 1 pagi sambil kedua-duanya dilihat diiringi pengawal keselamatan.

britney - 1

Britney bersama lelaki misteri di sebuah restoran di California, AS.

Britney yang memakai baju berwarna merah jambu dilihat memandu keretanya sendiri ke restoran berkenaan manakala lelaki misteri itu hanya mengenakan kemeja T polos lengan pendek.

Lengan lelaki itu juga dipenuhi tatu.

Pada 17 Ogos lalu, Britney dan suami Sam Asghari dilaporkan sudah berpisah selepas setahun mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears dan Sam Asghari berpisah selepas setahun kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Suami dakwa Britney Spears hiperseksual, curang dengan pembantu sendiri

NBC News melaporkan Asghari juga sudah memfailkan penceraian terhadap Britney, selain sudah pun berpindah keluar daripada rumah kelamin mereka.

Suami kepada penyanyi itu mendedahkan Britney bersikap curang terhadapnya yang menyebabkan dia memfailkan penceraian terhadap isterinya itu.

Ashgari mendakwa penyanyi berkenaan menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang lelaki yang bekerja dengannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain