suria

Blackpink diberi penghormatan buat konsert penutup ‘Born Pink’ di Gocheok Sky Dome

Blackpink bakal membuat persembahan di stadium ikonik Seoul.

BLACKPINK mencipta sejarah apabila muncul sebagai kumpulan wanita pertama yang bakal mengadakan konsert di Gocheok Sky Dome di Seoul, Korea Selatan.

Allkpop melaporkan konsert penutup jelajah dunia Born Pink itu akan diadakan di lokasi tersebut pada 16 dan 17 September ini.

Gocheok Sky Dome merupakan stadium berprofil tinggi yang mampu menempatkan kira-kira 25,000 penonton pada satu masa.

bp1 - 1

Gocheok Sky Dome boleh memuatkan kira-kira 25,000 penonton.

Lokasi itu juga bakal menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Dunia League of Legends 2023 yang akan berlangsung pada 19 November ini.

Peminat setia kumpulan itu turut meluahkan rasa teruja dengan pencapaian Blackpink kerana berjaya mendapat penghormatan mengadakan persembahan di stadium berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo Blackpink libas rambut, 'reject' lamaran peminat angkat sepanduk mahu jadi kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink buang patung dilempar peminat atas pentas, netizen sokong takut ada kamera

Untuk rekod, konsert jelajah dunia Blackpink diadakan sempena dengan pelancaran album studio kedua mereka iaitu Born Pink bermula pada Oktober tahun lalu.

Antara negara-negara yang terlibat termasuk Malaysia, Singapura, Taiwan, Macau, Mexico, Australia dan Amerika Syarikat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain