suria

Lucinta Luna padam gambar tunang, salahkan netizen hubungan dengan Alan renggang

Lucinta memadam foto bersama tunangnya.

SELEBRITI sensasi Indonesia Lucinta Luna mendedahkan hubungannya dengan tunang iaitu Arten Boltian atau Alan semakin renggang akibat tekanan dan cemuhan masyarakat terhadap mereka.

Lucinta atau Muhammad Fatah, 34, juga memadam semua foto bersama Alan termasuk gambar pertunangan mereka yang diadakan di Bali baru-baru ini.

"Jangan pernah menghancurkan hubungan sesama manusia kerana dunia ini berputar dan balasan (perbuatan jahat) itu sentiasa ada.

"Semua orang mempunyai rahsia dan tidak mungkin saya bercakap kepada seluruh dunia... Kita semua mempunyai agama yang saling menyokong antara satu sama lain," Katanya.

luna2 - 1

Lucinta tidak lagi dapat menahan kecaman netizen.

Dalam pada itu, Lucinta mengakui sudah penat dengan cemuhan masyarakat yang tidak sudah-sudah mengungkit kisah silam dirinya.

Lucinta berkata, disebabkan kecaman itu juga dia mengalami gangguan kesihatan mental.

"Saya sudah penat dihina dan dibuli oleh netizen sehingga menyebabkan saya mempunyai masalah kesihatan mental.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunang Lucinta Luna 'naik angin' pengacara berani soal tentang jantina... "Saya lebih percaya bakal isteri saya"

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna dan jejaka Inggeris mahu bertunang, netizen minta bertaubat

"Saya bukan manusia sempurna yang sewenang-wenangnya dipijak... tetapi saya selalu berusaha untuk menjadi orang berguna," katanya.

Lucinta berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Sebelum ini, tunang Lucinta mengamuk apabila pengacara Deddy Corbuzier mempersoalkan mengenai jantina bakal isterinya itu dalam sebuah siaran podcast yang dimuat naik di laman YouTube milik Deddy.

luna1 - 1

Lucinta dan Alan bertunang Julai lalu.

Dalam rakaman video yang tular, Alan tidak dapat menerima hakikat apabila Deddy memberitahu Lucinta merupakan transgender.

Lucinta juga memberitahu dirinya kecewa apabila dituduh sebagai transgender, termasuk ramai netizen yang menghantar mesej kepada Alan untuk membongkar identiti sebenarnya.

Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan dia dan Alan sudah mengikat tali pertunangan dan mereka mendapat restu ibu bapa kedua belah pihak malah mereka turut menghadiri acara berkenaan.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat tentangan daripada netizen yang kurang senang dengan tindakan Lucinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain