suria

Nikita Mirzani hina pakaian anak macam lapik meja, Lolly senarai bekas bapa tiri sebagai ‘support system’

Lolly menyenaraikan bekas bapa tirinya sebagai sistem sokongannya.

ANAK sulung pelakon kontroversi Nikit Mirzani iaitu Laura Meizani dilihat seakan-akan sudah membuang ibunya sebagai salah seorang sistem sokongan dalam hidupnya ketika ini.

Laura atau lebih mesra dengan sapaan Lolly yang kini menetap di London turut mengakui tidak lagi mengharapkan sumber kewangan daripada Nikita malah sudah mempunyai pendapatan sendiri.

Malah tanpa berselindung, Lolly turut menyenaraikan bekas bapa tirinya iaitu Antonio Dedola sebagai salah seorang sistem sokongannya selain ibu angkatnya dikenali sebagai Mami Juliana Fernandes.

Lolly Mirzani

Nikita menyifatkan pakaian Lolly di London seperti alas meja.

Dipercayai Lolly kini menetap bersama Juliana yang menetap di London namun berasal dari Timor Leste.

"Sekarang saya ada lima sistem sokongan iaitu ibu saya Mami Juliana, Eda, teman lelaki, Mami Fitri dan papa (Antonio)," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak beranak berbalah di media sosial, Nikita Mirzani doa Lolly terima balasan kerana fitnah ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto bersama, anak Nikita Mirzani dituduh ada hubungan dengan bekas bapa tiri

Lolly mengeluarkan kenyataan itu selepas Nikita melemparkan sindiran tajam terhadap Lolly yang dikatakan kelihatan seperti gelandangan sejak menetap di London.

Aktres itu menghina pakaian Lolly yang disifatkan sebagai alas meja berbanding semua pakaian berjenama pernah dibeli untuknya sebelum ini.

"Pakaian anak saya cantik... Ini biliknya tapi dia sudah tiada," kata Nikita kepada aktor Baim Wong semasa menunjukkan bilik tidur Lolly.

Hubungan anak beranak Nikita Mirzani dan Lolly dilihat semakin keruh.

Hubungan ibu dan anak ini semakin renggang.

Hubungan anak beranak itu mula renggang selepas Nikita dan Antonio bercerai pada Mac lalu.

Lolly yang tidak dapat menerima penceraian ibunya itu dilihat mengeluarkan beberapa kenyataan di media sosial menyalahkan Nikita dan menunjukkan sokongan terhadap Antonio.

Rentetan itu, Nikita menarik kembali semua sumber kewangan terhadap Lolly termasuk menyekat kad ATM milik anaknya yang sedang belajar di London.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain