suria

Sandra Bullock lepaskan abu mayat kekasih di pulau mewah… “Tempat itu terlalu istimewa untuk mereka”

Sandra bakal lakukan upacara lepas abu mayat kekasih.

MENGINGATI pemergian insan tersayang, pelakon Sandra Bullock bakal mengadakan upacara pelepasan abu mayat kekasihnya iaitu Agustus Bryan Randall di sebuah pulau peranginan mewah.

Difahamkan pelakon The Lost City itu akan membuang abu tersebut di Three Bees, Bahamas dan memilih lokasi berkenaan kerana ia mempunyai banyak kenangan bersama.

Pada 5 Ogos lalu, Sandra, 59, berkongsi berita duka pemergian Bryan yang ketika itu berusia 67 akibat penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) sejak tiga tahun lalu.

sandra

Sandra Bullock rindu mendiang suaminya.

"Tempat itu begitu istimewa bagi keduanya, lokasi itu adalah di mana mereka mencipta momen paling bahagia bersama dengan anak-anak serta teman-teman mereka.

"Mereka akan tinggal di sana selama berminggu-minggu dan tempat itu memiliki banyak makna dan masuk akal bagi dia untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya di sana," kata sumber terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu penat kerja, Sandra Bullock buat keputusan untuk berehat

Sebelum ini DailyMail melaporkan Sandra pernah memuat naik beberapa keping foto bersama mendiang suaminya ketika berada di pantai sebuah resort di Bahamas.

Malah, difahamkan wakil daripada pihak pengurusan mayat iaitu iaitu Hollywood Forever Cemetery telah mengirimkan abu mayat suaminya itu di apartment miliknya di Los Angeles.

Pada Disember 2017, Bryan melamar Sandra di pantai berkenaan dalam sebuah majlis tertutup yang disaksikan oleh ahli keluarga dan rakan terdekat.

Sandra dan Bryan mula berkenalan selepas lelaki itu menjadi jurugambar pada majlis sambutan hari jadi seorang aktres.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain