PIHAK pengurusan SM Entertainment sedang menjejak individu yang menceroboh masuk bilik hotel anggota kumpulan NCT iaitu Jaehyun di Amerika Syarikat. Tidak hanya itu, pihak syarikat juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di negara itu bagi mengenal pasti penceroboh berkenaan. "Kami akan mengambil tindakan undang-undang kerana perbuatan itu melanggar privasi artis. Siasatan akan dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa antarabangsa termasuk syarikat laman sosial tersebut. "Kami sedang mengumpul maklumat individu pertama memuat naik video tersebut selain semua yang berkongsi semula," jelas wakil pengurusan. Pihak pengurusan Jaehyun akan ambil tindakan terhadap penceroboh. Insiden tersebut berlaku ketika NCT terlibat dengan konsert jelajah di Los Angeles, Amerika Syarikat. Individu berkenaan dikatakan masuk ke bilik hotel tersebut ketika Jaehyun tiada di bilik dan merakam setiap sudut bilik hotel tersebut. Tidak hanya itu, individu tersebut turut meneliti baju tidur, botol air, ubat-ubatan dan bagasi milik penyanyi itu yang disusun rapi dalam bilik hotel berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: DJ Soda kecewa netizen tuduh baju seksi punca terima gangguan seksual... Penganjur konsert bakal ambil tindakan Difahamkan penceroboh itu turut membuat siaran langsung ketika memasuki bilik tersebut tanpa kebenaran. Tindakan itu bagaimanapun mendapat kecaman ramai yang rata-rata meluahkan rasa kesal dan bimbang sekiranya ahli NCT berasa tidak selamat selepas ini. Namun ada juga meminta agar peminat fanatik tersebut memasuki bilik air penyanyi berkenaan. Peminat bimbang keselamatan artis kesayangan mereka. "Bilik air itu tarik perhatian saya! Tolong masuk ke sana. Harap penceroboh kena tangkap. Peminat pelik! "Setiap orang ada privasi. Selebriti pun sama... tolong hormat," antara komen netizen. Meskipun mendapat kecaman hebat namun peminat berkenaan memaklumkan dirinya mendapat kunci bilik tersebut sekali gus menyangkal dirinya melakukan pencerobohan. Difahamkan peminat ini merupakan individu yang sama suka mengikuti NCT jadual padat ke mana sahaja sebelum ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!