suria

Rihanna sudah bersalin anak kedua, timang bayi lelaki 3 Ogos lalu 

Rihanna selamat melahirkan bayi kedua pada 3 Ogos lalu.

PENYANYI Rihanna, 35, dilaporkan selamat melahirkan anak kedua pada 3 Ogos lalu.

Berita tersebut dikongsi sumber terdekat penyanyi itu yang memaklumkan kepada TMZ Rihanna dan teman lelakinya iaitu ASAP Rocky menimang bayi lelaki.

Menurut sumber itu lagi, mereka masih belum mengetahui nama bayi itu namun mengesahkan ia bermula dengan huruf R.

Rihanna baru sahaja menyambut kelahiran anak kedua.

Rihanna dan teman lelakinya penyanyi rap ASAP Rocky.

Pada 12 Februari lalu, Rihanna mendedahkan bahagian perutnya yang membesar ketika dia mengadakan persembahan Super Bowl LVII.

Berita kehamilan itu kemudiannya disahkan oleh British Vogue yang membuat liputan muka depan penyanyi itu sehari selepas persembahan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum cukup setahun bersalin anak pertama, Rihanna mengandung lagi... Sengaja tayang baby bump bagi ‘hint’

Untuk rekod, Rihanna dan ASAP atau Rakim Athelaston Mayers, mengesahkan mereka adalah pasangan kekasih pada Mei 2021 sebelum menyambut kelahiran anak pertama mereka pada 19 Mei tahun lalu.

Selepas setahun melahirkan, Rihanna mengumumkan nama anak pertamanya iaitu RZA Athelson Mayers.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain