BEBERAPA hari selepas berita perpisahan pasangan Britney Spears dan Sam Asghari, penyanyi pop terkenal itu tampil meluahkan isi hati tentang berita berkenaan menerusi Instagram miliknya. Britney, 42, berkata, dia sudah tidak mampu menahan kesakitan selain sudah tidak kuat berdepan dengan masalah rumah tangga bersama Sam, 29. "Saya dah tak kuat dan tidak mampu menahan rasa sakit lebih lama lagi. Britney Spear tetap kuat kerana dapat sokongan keluarga dan kawan. "Enam tahun bersama dengan seseorang itu adalah waktu yang lama, jadi saya rasa agak terkejut tapi di sini (Instagram) bukan tempat menjelaskan sebab perpisahan apatah lagi ia bukan urusan orang lain," tulisnya. Dalam pada itu, Britney berkata, meskipun ramai melihat dia seperti wanita kuat namun di seblaik itu dia banyak menyembunyikan pelbagai rahsia yang tidak diketahui orang lain. Jelasnya, apa yang dikongsikan di media sosial tidak menggambarkan situasi seperti keperitan yang dihadapi saat ini. ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang keadaan Britney Spears, polis datang rumah selepas terima laporan peminat... “Melampau! Privasi saya diceroboh” ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears jawab tuduhan gila, mahu jaga privasi dan jalani hidup normal "Saya mungkin berlakon untuk jadi kuat dan nampak seperti wanita sempurna tapi hakikatnya tidak sama sekali," ujarnya. Pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka pada September 2021 dan melangsungkan perkahwinan di kediaman agam Britney di Los Angeles pada Jun tahun lalu. Untuk rekod, Asghari dilihat sebagai lelaki yang sentiasa berada di sisi Britney terutamanya dalam usahanya membatalkan conservatorship yang dikenakan terhadapnya sejak 2008. Sepanjang tempoh itu, Britney tidak mempunyai hak membuat keputusan dalam sebarang kontrak, perubatan termasuk perkahwinan sehingga arahan itu dikeluarkan pada 2021. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!