SELEPAS pemuzik DJ Soda mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual ketika membuat persembahan, pihak penganjur acara Music Circus 2023 iaitu TryHard Japan mengumumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku. Memetik laporan Allkpop, TryHard Japan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Jepun dan Korea untuk menangani kes serangan seksual yang dihadapi DJ Soda baru-baru ini. Dalam kenyataan itu, syarikat berkenaan mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap si pelaku. DJ Soda mahu si pelaku dikenakan tindakan undang-undang. Pada Sabtu lalu, DJ Soda bersama Eight Bulls Corporation dan TryHard Japan sepakat untuk memfailkan tindakan undang-undang sivil dan jenayah terhadap individu yang melakukan gangguan berkenaan. Namun disebabkan DJ Soda perlu meneruskan perjalanan ke luar negara untuk bekerja, pihaknya memutuskan semua tindakan undang-undang berkaitan kejadian itu diuruskan oleh TryHard Japan. ARTIKEL BERKAITAN: Jadi mangsa gangguan seksual, netizen salahkan penampilan seksi DJ Soda - "Saya ada hak pakai apa sahaja" ARTIKEL BERKAITAN: Seksi! Beyonce berani sarung baju warna kulit, peminat bagi cadangan jadikan koleksi muzium Menurut satu kenyataan, TryHard Japan kini sedang bersiap untuk memfailkan pertuduhan terhadap pelaku dan memantau aktiviti dalam talian berkaitan fitnah dan penyebaran maklumat palsu mengenai DJ Soda. Pada 13 Ogos lalu, DJ Soda atau nama sebenar Hwang So Hee mendakwa dirinya mengalami gangguan seksual ketika membuat persembahan di Music Circus Festival, Osaka, Jepun. Dakwa DJ Soda, ketika kejadian beberapa orang lelaki cuba menyentuh payudaranya. Artis berasal dari Korea tersebut turut meluahkan rasa kecewa apabila ada pula menyalahkannya kerana berpakaian seksi menyebabkan berlakunya insiden itu. Kata DJ Soda, gangguan seksual itu perbuatan yang tidak boleh diterima dan isu pakaian bukan alasan untuk seseorang melakukan perbuatan terkutuk. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!