PENDEDAHAN Sam Asghari mendakwa penyanyi Britney Spears berlaku curang dengan seorang pembantu rumah menarik perhatian peminat dan netizen. Gara-gara isu berkenaan, DailyMail melaporkan hubungan pasangan itu menjadi semakin panas sehingga membuatkan mereka bertengkar teruk. Tidak hanya terhenti disitu, Asghari pula dikatakan cuba mengubah kandungan penjanjian perkahwinannya bersama Britney. Dia menuntut penyanyi berusia 41 tahun itu membayar sejumlah wang yang lebih besar berbanding apa yang telah dipersetujui sebelum berkahwin. Britney dan Ashari bertengkar tentang penceraian. Wang tersebut diberi bagi memastikan rahsia Britney tersimpan rapi. Bagaimanapun perkara itu tidak dipersetujui oleh Britney. Malah Britney juga menganggap perkara itu sebagai ugutan yang tidak sepatutnya berlaku dalam perkahwinan. "Itu adalah ugutan dan ia tidak sepatutnya berlaku," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Suami dakwa Britney Spears hiperseksual, curang dengan pembantu sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears dan Sam Asghari berpisah selepas setahun kahwin Beberapa hari lalu, Britney dan Asghari mengumumkan perpisahan mereka hanya selepas setahun mendirikan rumah tangga. Pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka pada September 2021 dan melangsungkan perkahwinan di kediaman agam Britney di Los Angeles pada Jun tahun lalu. Untuk rekod, Asghari dilihat sebagai lelaki yang sentiasa berada di sisi Britney terutamanya dalam usahanya membatalkan conservatorship yang dikenakan terhadapnya sejak 2008. Sepanjang tempoh itu, Britney tidak mempunyai hak membuat keputusan dalam sebarang kontrak, perubatan termasuk perkahwinan sehingga arahan itu dikeluarkan pada 2021. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!