SUAMI kepada Britney Spears iaitu Sam Ashgari mendedahkan penyanyi itu bersikap curang terhadapnya yang menyebabkan dia memfailkan penceraian terhadap isterinya itu. TMZ melaporkan Ashgari mendakwa Britney menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang pembantu lelaki yang bekerja dengannya. Ashgari mendakwa pembantu berkenaan pernah merakamkan video Britney dalam keadaan separuh bogel malah dia sudah lama merasakan ada sesuatu yang pelik dengan hubungan mereka. Suami dedah Britney berlaku curang. Dalam pada itu, Ashgari mendedahkan Britney juga seorang hiperseksual malah penanyi itu pernah bertindak ganas ketika dia sedang tidur. Malah mereka pernah bertengkar sehingga terpaksa dileraikan oleh pengawal keselamatan. Beberapa hari lalu, Britney dan Asghari mengumumkan perpisahan mereka hanya selepas setahun mendirikan rumah tangga. ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears dan Sam Asghari berpisah selepas setahun kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang keadaan Britney Spears, polis datang rumah selepas terima laporan peminat... “Melampau! Privasi saya diceroboh” Pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka pada September 2021 dan melangsungkan perkahwinan di kediaman agam Britney di Los Angeles pada Jun tahun lalu. Untuk rekod, Asghari dilihat sebagai lelaki yang sentiasa berada di sisi Britney terutamanya dalam usahanya membatalkan conservatorship yang dikenakan terhadapnya sejak 2008. Sepanjang tempoh itu, Britney tidak mempunyai hak membuat keputusan dalam sebarang kontrak, perubatan termasuk perkahwinan sehingga arahan itu dikeluarkan pada 2021. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!