suria

Hanya mampu bergambar, Jisoo rindu donat dan kopi - “Mesti sedapkan?”

Jisoo teringin makan donut dan kopi.

TIDAK mudah bergelar seorang selebriti popular seperti Jisoo Blackpink yang perlu memastikan penampilannya sentiasa dalam keadaan baik.

Allkpop melaporkan Jisoo perlu memastikan berat badannya kekal pada angka 44 kilogram dan penyanyi itu cuba mengekalkan susuk tubuh langsing dengan mengamalkan diet tertentu.

Bagaimanapun Jisoo mendedahkan dia juga seorang manusia biasa dan adakalanya berdepan masalah untuk mengekalkan rutin diet yang diamalkan.

jisooooo

Jisoo kongsi gambar bersama donut kerana teringin.

Malah perkongsian penyanyi itu memuat naik foto secawan kopi bersama sebiji donat bukti Jisoo juga penggemar makanan ringan seperti orang lain.

Apa menjentik hati peminat, penyanyi lagu Flowers itu juga mengadu sering berasa lapar kerana diet diamalkan dan hanya dapat menatap foto makanan kegemarannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap luang masa bersama di rumah... Jisoo Blackpink, Ahn Bo Hyun sah bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Seluar dalam Jisoo Blackpink terdedah, peminat salahkan penata gaya

"Saya lapar... Rindu donat dan kopi. Mesti sedapkan?," tulisnya.

Ramai peminat meminta agar Jisoo tidak terlalu menekan dirinya hanya ingin mengekalkan standard saiz badan selebriti di Korea Selatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain