PENYANYI Indonesia Bunga Citra Lestari sekali lagi menjadi sasaran apabila fotonya sedang berhibur di sebuah kelab malam tersebar di media sosial. Menerusi foto yang tular, Bunga atau BCL menghabiskan masa bersama seorang jejaka dipercayai teman lelakinya iaitu Tiko Aryawardhanadi di sebuah kelab malam di Jakarta, Indonesia. Meskipun ramai berharap BCL menemui pengganti selepas kematian suaminya iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair tiga tahun lalu namun aksi mesra dipaparkan menimbulkan rasa kurang senang peminat. BCL dikecam kerana tidak beri contoh yang baik pada anak lelakinya, Noah. Malah ramai menuduh BCL bersikap kurang sopan dan tidak menunjukkan contoh baik terhadap anak lelakinya iaitu Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 13 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Semakin rapat... foto BCL peluk Ariel NOAH dari belakang jadi bualan ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari sambut ulang tahun ke-40, jejaka dikaitkan sebagai teman lelaki turut hadir Bagaimanapun sehingga kini BCL tidak pernah mengesahkan sama ada Tiko adalah teman lelakinya meskipun sejak kebelakangan ini mereka dilihat sering menghabiskan masa bersama. Untuk rekod, BCL berkahwin dengan Ashraf Sinclair 8 November 2008 dan aktor kelahiran Malaysia itu meninggal dunia akibat serangan jantung di Jakarta pada 18 Februari 2020. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!