PENYANYI Britney Spears dan suami Sam Asghari dilaporkan sudah berpisah hanya selepas setahun mendirikan rumah tangga. NBC News melaporkan Asghari juga sudah memfailkan penceraian terhadap Britney, 41, selain sudah pun berpindah keluar daripada rumah kelamin mereka. Berita perpisahan pasangan itu didedahkan oleh ahli keluarga terdekat pasangan itu. "Mereka sudah berpisah dan ia adalah yang terbaik buat Britney," kata sumber berkenaan. Britney dan Sam berkahwin pada Jun 2022. Bagaimanapun wakil Britney dan Asghari, 29, tidak memberi respon terhadap dakwaan berkenaan. Pasangan itu bertemu di set penggambaran muzik video Britney iaitu Slumber Party pada 2016 dan hubungan mereka bertukar serius selepas itu. ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang keadaan Britney Spears, polis datang rumah selepas terima laporan peminat... “Melampau! Privasi saya diceroboh” ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears jawab tuduhan gila, mahu jaga privasi dan jalani hidup normal Britney dan Asghari mengumumkan pertunangan mereka pada September 2021 dan melangsungkan perkahwinan di kediaman agam Britney di Los Angeles pada Jun tahun lalu. Untuk rekod, Asghari dilihat sebagai lelaki yang sentiasa berada di sisi Britney terutamanya dalam usahanya membatalkan conservatorship yang dikenakan terhadapnya sejak 2008. Sepanjang tempoh itu, Britney tidak mempunyai hak membuat keputusan dalam sebarang kontrak, perubatan termasuk perkahwinan sehingga arahan itu dibatalkan pada 2021. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!