suria

Kembali bergabung 2025, BTS mula babak kedua selepas latihan ketenteraan

BTS akan kembali bersama selepas tiga tahun fokus aktiviti solo.

BTS dijangka bakal kembali bergabung pada 2025 selepas mengumumkan berehat daripada aktiviti seni secara berkumpulan sejak Jun tahun lalu.

Ketua kumpulan BTS iaitu RM memaklumkan aktiviti solo mereka sepanjang tahun ini juga adalah sebagai persediaan buat mereka kembali bergabung.

RM mendedahkan rakannya iaitu Suga yang sedang menjalani latihan ketenteraan sudah tidak sabar memulakan kembali karier seni bersama BTS.

"Perjalanan karier solo kami adalah sangat penting untuk perkembangan 'babak kedua' BTS.

bts 2

BTS umum rehat pada Jun tahun lalu.

"Ia satu perjalanan sebelum kami bergabung semula dua tahun lagi. Suga pernah beritahu saya dia juga sudah tak sabar untuk kembali bersama," katanya.

Selain Suga, dua lagi anggota BTS yang sedang menjalani latihan ketenteraan adalah Jin dan J-Hope.

Manakala RM, Jimin, V dan Jungkook bakal menyertai latihan itu pada penghujung tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun yang memenatkan, BTS umum rehat... Mahu fokus kerjaya solo

Dalam pada itu, RM turut melahirkan penghargaan buat peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada kumpulan itu.

Malah harapan peminat juga membuatkan mereka lebih bersemangat tampil secara berkumpulan pada 2025 nanti.

"Bukan saya sahaja, malah semua anggota BTS juga menghargai sokongan peminat. Ia adalah satu pengahragan yang tidak ternilai.

"Sokongan peminat membantu saya melalui waktu sukar sebelum ini," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain