suria

Selulit Lisa Blacpink jadi bualan, perasaan ‘insecure’ peminat terus hilang - “Dia juga manusia biasa”

Foto Lisa tular di laman Twitter.

FOTO memaparkan parut dan selulit di bahagian paha penyanyi Lisa Blackpink menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat di Twitter.

Bahagian itu terdedah dipercayai ketika Lisa sedang asyik menari menerusi konsert Blackpink yang diadakan di Stadium MetLife, New Jersey, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Posisi penyanyi berkenaan ketika mengangat kaki menarik perhatian netizen yang mendedahkan parut dan selulit pada bahagian paha.

lisa1 - 1

Peminat mengakui Lisa hanya manusia biasa.

Susulan penularan foto Lisa, peminat mempertahankan penyanyi itu dengan mengatakan dia juga manusia biasa yang tidak sempurna.

"Lisa juga punya selulit... akhirnya rasa insecure saya hilang.

"Ia perkara normal, saya tetap hormat kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya gambar IG, peminat jumpa petunjuk hubungan Lisa dan bos Tag Heuer

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba tayang selulit, peminat puji Khloe Kardashian muat naik foto berbikini tanpa suntingan

"Untuk para wanita, selulit itu adalah normal. Wanita yang banyak duit seperti Lisa juga ada selulit, jadi jangan rasa insecure lagi," tulis netizen.

Sebelum ini, nama Lisa turut menjadi sebutan peminat apabila penyanyi berkenaan dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tag Heuer iaitu Frederic Arnault.

Sejak tahun lalu, Lisa dan Frederic menjadi topik hangat dalam kalangan peminat sehingga ada laporan mengatakan kedua-dua mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain