PENYANYI Beyonce tampil berani menggayakan pakaian rona kulit yang memberikan ilusi separuh bogel ketika membuat persembahan pentas di Atlanta pada malam Sabtu. Memetik laporan Mirror, Beyonce memukau peminat dengan siri konsert jelajah Renaissance menerusi persembahan lagu hitsnya dan beberapa lagu baharu. Apa yang menarik perhatian, penyanyi berusia 42 tahun itu berkongsi foto di Instagram miliknya dengan penampilan seperti separuh bogel yang hanya dilitupi berlian dan batu permata. Beyonce sibuk menjayakan siri konsert jelajahnya. Kelihatan awet muda, persalinan 'berani' yang digayakan penyanyi itu dipercayai diperbuat daripada kain berjaring menutupi sebahagian tubuhnya daripada leher hingga kaki. Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan penyanyi lagu Crazy In Love itu sehingga ada yang meminta dirinya untuk menempatkan koleksi pakaiannya di dalam muzium sebagai tanda kenangan. ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa gagal bayar tunggakan cukai RM12 juta, Beyonce fail saman terhadap kerajaan AS ARTIKEL BERKAITAN: Beyonce penerima trofi Grammy paling banyak dalam sejarah, Harry Styles menang Album Terbaik "Pereka fesyen itu telah menjalankan tugas dengan baik kerana berjaya menyesuaikan baju berkenaan dengan tona kulit Beyonce. "Tolong masukkan kesemua pakaian yang dipakai oleh anda ke dalam muzium," tulis netizen. Pada 1 Februari lalu, Beyonce mengumumkan siri konsert jelajahnya sempena penghargaan kepada peminat untuk album studio ketujuhnya yang berjudul Bey, Renaissance. Siri konsert jelajah itu bermula pada 10 Mei 2023 di Friends Arena, Stockholm, Sweden dan bakal berakhir pada Oktober ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!