suria

Skandal dengan bekas penyanyi kpop, kecoh Tony Leung ada anak luar nikah

Tony dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Cheng (kiri).

PELAKON terkenal Hong Kong iaitu Tony Leung menyangkal dakwaan dia menjalinkan hubungan sulit dengan penyanyi Cheng Xiao yang baru berusia 25 tahun.

Wakil pengurusan Tony, 61, dalam satu kenyataan meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan khabar angin tersebut.

"Tidak perlu beri perhatian terhadap khabar angin itu. Ia tidak benar!

"Teruskan hidup gembira dan berfikiran positif terhadap orang lain," kata kenyataan tersebut.

tony leung 2

Tony bersama isterinya Carina.

Kisah skandal Tony dan Cheng menjadi bualan hangat selepas ada pihak mendakwa melihat pasangan itu keluar bersama.

Lebih mengejutkan, timbul spekulasi mengatakan Cheng sudah melahirkan seorang bayi hasil hubungan dengan Tony.

Pelakon itu juga dikatakan sudah membeli sebuah rumah buat Cheng dan anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Separuh bogel atas pentas, ramai tak senang duduk lihat aksi Dominic Fike

Menerusi laporan media di Hong Kong, Tony dikatakan bermain kayu tiga kerana tidak memiliki cahaya mata selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga dengan aktres Carina Lau.

Untuk rekod, Cheng yang berasal dari China pernah mencipta nama di Korea Selatan bersama kumpulan Cosmic Girls.

Pada 2019, Cheng meneruskan karier solo di China selepas tiga tahun bersama kumpulan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain