suria

Mula buat persembahan luar penjara, Zul Zivilia minta isteri tebus semula gitar lama

Zul dibenarkan membuat persembahan luar penjara.

VOKALIS kumpulan Zivilia iaitu Zul meminta isterinya menebus kembali koleksi gitar yang pernah dijual sebelum ini bagi membolehkan dia membuat persembahan.

Perkara tersebut dikongsi sendiri isteri Zul iaitu Retno Paradinah yang memaklumkan suaminya itu kini kembali aktif menyanyi meskipun masih berada dalam tahanan penjara.

"Zul juga bermain gitar ketika menyanyi. Kalau dia membuat persembahan kumpulan Zivilia dijemput juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Zivilia kembali cipta lagu, diberi kelonggaran khas guna studio dalam penjara

"Saya diminta oleh Zul untuk dapatkan semula gitar yang telah digadaikan. Dia minta begitu kerana mungkin alat muzik yang disediakan kurang bagus," ujarnya seperti yang dipetik dari Detik.

Zul mendapat kebenaran untuk memenuhi undangan menyanyi di luar penjara namun masih diletakkan di bawah pengawasan.

zul zivilia 2

Zul mula menjalani hukuman penjara sejak 2019.

Dalam satu temu bual sebelum ini juga Retno memberitahu dia menjual koleksi gitar milik Zul bagi menampung kehidupan keluarga selepas suaminya itu dijatuhkan hukuman penjara akibat memiliki dadah.

Sementara itu Retno juga meluahkan rasa syukur dengan perkembangan suaminya itu.

"Saya gembira dan bersyukur kerana dia mahu terus berkarya dalam dunia muzik," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain