ISTERI kepada penyanyi Virgoun meluahkan rasa bengang apabila netizen tergamak mengutuk anak perempuan sulungnya iaitu Starla Rhea Idola Virgoun di Instagram miliknya. Inara Rusli berkata, terdapat segelintir netizen yang menyindir wajah Starla mirip dengan muka bapanya dan disebabkan itu kanak-kanak berkenaan kelihatan tidak cantik berbanding dua adiknya yang lain. Hilang sabar dengan komen biadab itu, Inara berpesan supaya netizen yang mengutuk anaknya agar melihat ke arah cermin sebelum mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati orang lain. Pesanan yang ditinggalkan Inara kepada netizen yang menyindir anak perempuannya. "Yang komen bentuk fizikal anak saya, cuba cermin diri dulu," katanya. Netizen membuat komen jelik itu menerusi foto yang dimuat naik Inara di Instagram miliknya ketika membawa anak-anaknya melawat taman safari. ARTIKEL BERKAITAN : Inara mahu tuntut hak royalti, rupanya ‘Surat Cinta Untuk Starla’ salah satu lagu dicipta bersama Virgoun ARTIKEL BERKAITAN : Virgoun pernah minta poligami, Inara Rusli sedia 52 bukti suami curang Pada Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai terhadap Inara selepas isterinya mendedahkan kecurangannya secara terbuka. Untuk rekod, Virgoun dan Inara telah mendirikan rumah tangga pada 2014. Selain Starla, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Faithlee As-Sya'ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!