suria

Cubaan sembunyi kes tak berjaya, Tory Lanez kena penjara 10 tahun tembak Megan Thee Stallion 

Tory (kanan) dijatuhkan hukuman penjaran kerana menembak Megan.

PENYANYI Tory Lanez dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah melepaskan tembakan ke arah penyanyi Megan Thee Stallion dalam kejadian tiga tahun lalu.

Mahkamah di Los Angeles membuat keputusan itu selepas juri setuju Tory atau Daystar Shemuel Shua Peterson, 32, bersalah atas tiga pertuduhan yang dihadapinya.

Lory sebelum ini mengaku tidak bersalah memiliki senjata api, membawa senjata berkenaan di dalam kereta tanpa lesen serta melepaskan tembakan secara cuai sehingga mendatangkan kecederaan.

megan stallion 1

Megan diminta tutup mulut selepas kejadian ditembak.

Dalam satu kenyataan kepada media seperti yang dipetik dari CNN, Lory juga sebelum ini telah meminta Megan untuk tidak bercakap tentang kejadian yang berlaku pada Julai 2020 itu.

"Selama tiga tahun Tory telah bertindak menakut-nakutkan Megan supaya dia tidak bercakap tentang kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Anak pelakon terkenal bunuh dan kerat mayat pakar bedah, buang anggota badan di tapak pelupusan sampah

"Walaupun berlaku keganasan secara fizikal serta serangan secara lisan, Megan tetap kuat. Dia berani bercerita kepada juri dan orang ramai tentang apa yang berlaku," jelas kenyataan tersebut.

Kejadian tembak itu berlaku apabila Tory secara spontan melepaskan tembakan ke arah kakinya Megan susulan berlaku pertengkaran antara mereka.

Ketika itu mereka berada dalam sebuah kereta sama selepas pulang menghadiri satu acara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain