suria

Matty Healy hampir botakkan kepala, elak dikesan sebelum larikan diri dari Malaysia

Matty sengaja mempersendakan nama Malaysia.

BONGKAK dan tidak serik!

Itu gambaran boleh dibuat terhadap vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy yang sekali lagi dilihat cuba menjentik emosi rakyat Malaysia.

Selepas insiden berkelakuan kurang sopan dan menghentam undang-undang berkaitan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) Malaysia, Matty seolah-olah ambil mudah dan tidak memperdulikan tindakan yang bakal dikenakan terhadapnya.

Ketika tampil dalam sebuah persembahan di Hawaii baru-baru ini, Matty sekali lagi menyebut nama Malaysia dalam nada sinikal dengan memandang rendah terhadap undang-undang di negara ini.

Matty menceritakan dia dan pemain bas The 1975 hampir membotakkan kepala selepas disekat daripada meneruskan persembahan di The Good Vibes Festival pada 21 Julai lalu agar tidak dapat dikesan pihak berkuasa.

matty 22

Matty mendedahkan hampir membotakkan kepala bagi mengelak dikenali pihak berkuasa sebelum melarikan diri dari Malaysia.

Tindakan itu bagi membolehkan pihak berkuasa tidak dapat mengecam mereka ketika di lapangan terbang sebelum melarikan diri.

"Saya dan Ross (pemain bas The 1975) hampir membotakkan kepala kerana kami boleh dikenakan hukuman penjara.

ARTIKEL BERKAITAN: Matty Healy buat hal lagi, kali ini cium vokalis Blink 182... Tom DeLonge sempat perli Malaysia

"Saya tidak peduli semua perkara remeh itu. Saya tahu untuk melakukan perkara yang benar perlukan pengorbanan," katanya.

Selain melakukan aksi kurang sopan dan menghina undang-undang negara, Matty turut berani meneguk minuman keras selain dilihat meludah ke arah penonton.

Persembahan The 1975 dihentikan serta merta selain acara yang sepatutnya berlansung tiga hari itu diarahkan batal.

Susulan itu The 1975 diarahkan untuk untuk membayar denda RM12.3 juta selepas pihak penganjur, Future Sound Asia memfailkan saman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain