suria

Kim Seon Ho datang KL! Peminat berpeluang bertemu di acara ‘One, Two, Three Smile’ 18 Ogos ini

Kim Seon Ho bakal bertemu peminat di Malaysia pada 18 Ogos ini.

PELAKON Korea Kim Seon Ho bakal mengadakan pertemuan istimewa bersama peminat di Malaysia menerusi acara 2023 Kim Seon Ho Asia Tour in Kuala Lumpur "One, Two, Three Smile" yang akan berlangsung di Mega Star Area pada 18 Ogos depan.

Mengimbau kembali perjalanan karier Seon Ho, aktor ini membuat kemunculan menerusi drama pertamanya Good Manager pada tahun 2017 dan berjaya mengangkat bakatnya melakonkan watak komedi dan dramatik.

Dia kemudiannya menyertai program realiti 2 Days & 1 Night musim keempat dan turut menggondol anugerah Rookie of The Year menerusi KBS Entertainment Awards 2020.

Kim

Seon Ho popular menerusi drama Start Up.

Kerjaya seni lakonannya semakin menonjol selepas berjaya membawakan watak Han Ji Pyeong dalam drama Start Up yang turut dibintangi pelakon popular termasuk Bae Suzy dan Nam Joo Hyuk.

Malah, pelakon berusia 37 tahun itu juga turut dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik dalam Baeksang Arts Awards Ke-57 dan berjaya memenangi anugerah Aktor Paling Popular menerusi majlis anugerah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulang dari Thailand, Kim Seon Ho dikerumuni media dan peminat di lapangan terbang

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Lama menyepi selepas terkait kontroversi, Kim Seon Ho muncul di Thailand... Tetap dikenali walaupun pakai 'face mask'

Sementara itu, nama Seon Ho sekali lagi menjadi sebutan menerusi lakonan dalam Hometown Cha-Cha-Cha yang memegang watak sebagai Hong Du Sik.

Drama berkenaan turut menjadi antara drama siri yang mencapai rating tertinggi di Korea Selatan.

Bagi peminat yang ingin bertemu dengan Seon Ho, tiket akan mula dijual pada 10 Ogos, pukul 12 tengah hari di laman web Ticket2u.

Kim 3

Kim Seon Ho popular menerusi drama Hometown Cha-Cha-Cha.

Harga tiket bermula serendah RM288 sehingga RM888 untuk tiket VIP.

Acara sesi bertemu peminat ini dianjurkan oleh Salt Entertainment, Aplanet Entertainment, ACO Media, Pulp Live World dan Happee Hour.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain