suria

Hubungan terlalu akrab, Nia Ramadhani tak malu mengaku tidur sekatil dengan ibu bapa mentua

Nia Ramdhani gembira keluarga mentua layan dirinya seperti anak sendiri.

BERSTATUS menantu keluarga kaya, pelakon Nia Ramadhani secara terbuka mendedahkan mengenai layanan diterima daripada bapa dan ibu mentuanya di rumah.

Kata Nia, kehidupannya berubah drastik sejak berkahwin dengan usahawan Ardi Bakrie.

Seperti yang diketahui, latar belakang suami Nia iaitu Ardi bukan calang-calang kerana berasal daripada keluarga berada.

ramadhaniabakrie_322493248_817476369554047_6159922829854269824_n

Nia Ramadhani bersama suami, anak-anak dan ibu bapa mentua.

Berbeza dengan drama sinetron, Nia mengakui ibu bapa mentuanya melayan dia begitu baik seperti anak sendiri.

Biarpun mungkin ramai beranggapan menjadi menantu kepada keluarga golongan elit akan menyukarkan Nia untuk menyesuaikan diri, namun perkara itu sama sekali tidak dilalui olehnya.

Malah, Nia mendedahkan dia sering tidur sekatil bersama ibu bapa mentua pada waktu siang.

ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani resah kalau berat badan naik, fikir perasaan suami

Sebelum ini, Nia menerusi Instagram kerap berkongsi mengenai kehidupan peribadinya.

Selain itu, dia juga sering berkongsi mengenai hobi, pemakanan dan kesihatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain