SELAIN mahu menyaman Virgoun, Inara Rusli juga mahu menuntut hak royaliti untuk beberapa buah lagu yang dicipta bersama bekas suaminya itu. Kata Inara, dia mengambil tindakan itu kerana mahu memperjuangkan haknya sebagai pencipta kepada beberapa buah lagu semasa mereka masih bergelar suami isteri. "Lagu itu dicipta selepas nikah. Jadi royaliti akan masuk di dalam harta sepencarian jadi kita tunggu sahaja keputusan hakim," katanya memetik DetikHot. Inara merupakan pencipta bersama untuk lagu Surat Cinta Untuk Starla. Menurut peguam yang mewakili Inara iaitu Arjana Bagaskara, sebanyak tiga buah lagu dihasilkan bersama termasuklah lagu mengenai anak perempuan mereka berjudul Surat Cinta Untuk Starla. "Tuntutan royaliti 50 peratus akan dilakukan terhadap tiga buah lagu yang mana-mana ketiga-tiga itu akan menjadi milik Inara. "Hak royaliti itu akan dimasukkan ke dalam akaun anak saya selepas ini," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun pernah minta poligami, Inara Rusli sedia 52 bukti suami curang ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun dan Inara Rusli pilih jalan damai, harap Tenri Anisa tarik laporan polis Pada Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai terhadap Inara selepas isterinya mendedahkan kecurangannya secara terbuka. Untuk rekod, Virgoun dan Inara telah mendirikan rumah tangga pada 2014. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!