suria

Afgan berjalan dalam tidur, tak sedar kemas rumah pukul 3 pagi... Sedar-sedar dah peluk vakum

Afgan mula berjalan dalam tidur selepas tinggal bersendirian.

SEJAK tinggal bersendirian, penyanyi Afgan mendedahkan dia mempunyai tabiat berjalan dalam tidur.

Afgan atau Afgansyah Reza, 34, berkata, dia bukan hanya berjalan dalam tidur tetapi pernah ke dapur untuk makan dan mengemas rumah.

"Setiap hari saya akan bangun sekitar pukul 3 pagi dan tidur dalam keadaan 70 peratus... buka peti sejuk, ambil makanan dan makan.

"Kemudian saya akan tidur semula," katanya seperti dilaporkan Detikhot.

Snapinsta.app_365689255_325588123154960_4787220012530413326_n_1080

Afgan pernah tidur dengan penyedut habuk.

Tidak hanya itu, dia juga memberitahu pernah tidur bersama vakum di atas katilnya selepas membersihkan rumah dalam keadaan mamai.

"Ada juga yang teruk, saya bangun tidur dan terkejut lihat ada vakum di atas katil saya," kongsinya.

Kata Afgan, tabiat pelik itu mula berlaku ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Afgan kembali ke Plenary Hall, konsert 2 Disember diiringi Malaysian Philharmonic Orchestra

ARTIKEL BERKAITAN: “Perbuatan dosa disorak-sorak”... PU Syed tegur aksi Afgan peluk peminat wanita

Bagaimanapun kata penyanyi terkenal Indonesia itu, dia belum ada perancangan untuk menjalani pemeriksaan lanjut memandangkan ia tidak mendatangkan mudarat buat dirinya.

"Sejak pandemik Covid-19, saya mula tinggal seorang diri di apartment saya. Jadi hampir setiap malam saya akan berjalan dalam tidur.

"Tapi selagi tidak bahaya saya rasa tidak mengapa," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain