suria

Separuh bogel atas pentas, ramai tak senang duduk lihat aksi Dominic Fike

Aksi berani Dominic menyalin pakaian di atas pentas.

AKSI selamba penyanyi Dominic Fike tampil separuh bogel di atas pentas membuatkan ramai peminat tidak keruan.

Jika lazimnya perbuatan sebegitu mengundang kecaman ramai, tetapi lain pula buat Dominic apabila banyak menerima komen nakal netizen.

Dominic, 28, bertindak begitu ketika dia tampil membuat persembahan dalam sebuah acara di Los Angeles baru-baru ini.

Menerusi rakaman yang tular itu, Dominic secara spontan menanggalkan baju dan seluar dan hanya memakai seluar dalam dia atas pentas.

dominic 2

Dominic sempat meluahkan rasa sedih atas kematian Angus.

Peminat yang menyaksikan persembahan tersebut menjerit bagaikan histeria apabila melihat tubuh seksi Dominic di atas pentas.

Malah meninjau di ruangan komen dalam video tersebut, ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat menyaksikan perbuatan Dominic itu di depan mata.

Sementara itu dalam cerita berbeza, Dominic juga sebelum ini meluahkan rasa sedih dengan kematian rakannya iaitu pelakon Angus Cloud yang meninggal dunia pada 1 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Euphoria’ Angus Cloud meninggal dunia seminggu selepas kematian bapa

"Saya rasa bodoh tampil membuat persembahan ini. Saya menunjukkan rasa gembira sedangkan kawan saya meninggal dunia.

"Namun saya tahu dia mahu saya melakukan persembahan ini," ujarnya.

Dominic dan Angus sama-sama berlakon dalam drama bersiri Euphoria.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain