suria

Hanya gambar IG, peminat jumpa petunjuk hubungan Lisa dan bos Tag Heuer 

Frederick dan Lisa dikatakan mempunyai hubungan istimewa.

DAKWAAN penyanyi Lisa Blackpink sedang menjalinkan hubungan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tag Hauer iaitu Frederic Arnault semakin hangat diperkatakan dalam kalangan peminat.

Sejak tahun lalu lagi Lisa dan Frederic menjadi topik hangat dalam kalangan peminat sehingga ada laporan mengatakan kedua-dua mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan itu sebelum ini diketahui berkawan rapat malah Frederic pernah dilihat menghadiri konsert Blackpink yang diadakan di Paris sehingga menimbulkan lebih banyak spekulasi.

072385900_1688960637-page

Lisa dan Frederick dikatakan bercuti di Greece.

Malah syarikat pengurusan Lisa iaitu YG Entertainment juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Terbaharu, peminat perasan Lisa ada memuat naik gambar menikmati pemandangan di sebuah perkampungan dipercayai lokasi dia sedang bercuti.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen seru nama ibu Lisa, terkejut tengok idola kesayangan pakai bikini

Bagaimanapun, kakak ipar kepada Frederick iaitu Geraldine Guyot- Arnault turut memuat naik gambar sama dan peminat mula membuat kesimpulan jejaka berkenaan turut menyertai percutian di Greece itu.

Tidak hanya itu, Frederick juga turut memuat naik gambar hampir sama beberapa hari kemudian yang menguatkan lagi telahan peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain