suria

Jadi mangsa gangguan seksual, netizen salahkan penampilan seksi DJ Soda - “Saya ada hak pakai apa sahaja”

DJ Soda mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika mengadakan persembahan di Jepun.

ARTIS asal Korea Selatan iaitu DJ Soda mendakwa mengalami gangguan seksual ketika muncul membuat persembahan di Music Circus Festival, Osaka, Jepun.

Dakwa pemilik nama sebenar Hwang So Hee itu, ketika kejadian beberapa orang lelaki cuba menyentuh payudaranya.

Bagaimanapun, DJ Soda, 35, meluahkan rasa kecewa apabila ada pula menyalahkannya kerana pakaiannya yang seksi menyebabkan berlakunya insiden itu.

Tampil mempertahankan diri, DJ Soda berkata, gangguan seksual itu perbuatan yang tidak boleh diterima dan isu pakaian bukan alasan untuk seseorang melakukan perbuatan terkutuk itu.

gsdf

DJ Soda tidak melihat isu pakaian sebagai alasan seseorang melakukan gangguan seksual.

"Tak kira apa pakaian yang saya pakai, gangguan seksual adalah tidak wajar. Saya sudah lama ingin mengatakan perkara ini.

"Saya tidak pakai pakaian mendedahkan untuk orang lain menyentuh saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Seksi! Beyonce berani sarung baju warna kulit, peminat bagi cadangan jadikan koleksi muzium

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 17 tahun hidup terpisah... Park Hae Jin mahu terus tinggal bersama ibu

Pertahannya, dia mengenakan busana mendedahkan hanya untuk membuat dirinya tampil menarik dan yakin dikhalayak ramai dan bukannya menjadi bahan nafsu orang lain.

"Pakaian yang saya kenakan adalah untuk kepuasan diri tetapi orang lain tiada hak untuk menyentuh saya atau membuat gangguan seksual.

"Saya tak faham apa difikirkan orang yang mengatakan gangguan seksual itu berlaku sebab pakaian saya? Saya ada hak untuk pakai apa sahaja dan tidak siapa boleh menilai seseorang hanya berdasarkan penampilan mereka.

"Badan saya milik saya, bukan orang lain. Saya suka pakaian yang mendedahkan dan akan terus memakainya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain