suria

Selepas 17 tahun hidup terpisah... Park Hae Jin mahu terus tinggal bersama ibu

Park Hae Jin kini gembira tinggal bersama ibunya.

PELAKON Park Hae Jin memberitahu dia masih tinggal bersama ibunya meskipun kini sudah berusia 40 tahun.

Disebabkan pernah terpisah dengan ibunya itu, Hae Jin berkata dia mengambil keputusan untuk tinggal sebumbung.

Ini selepas hampir 17 tahun dia tidak bertemu ibunya selepas berpisah dengan bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Skandal dengan bekas penyanyi kpop, kecoh Tony Leung ada anak luar nikah

"Saya kembali tinggal bersama ibu selepas 17 tahun terpisah. Sekarang saya juga tinggal bersama anak saudara.

"Sudah hampir 13 tahun kami tinggal bersama," katanya dalam satu temu bual.

Berkongsi lanjut kisah zaman kanak-kanak, pelakon Doctor Strange ini memberitahu dia melalui waktu sukar apabila kedua ibu bapanya mengambil keputusan untuk bercerai.

park hae jin 2

Hae Jin mahu manfaatkan masa sebaik mungkin bersama ibu selepas lama terpisah.

Dia sebelum ini tinggal bersama ayahnya sebelum dijaga oleh nenek sebelah ibu ketika sekolah menengah.

"Selepas ibu bapa berpisah, saya tinggal bersama kakak dan bapa.

"Kemudian saya tinggal dengan nenek sebelah ibu manakala kakak pula dijaga oleh ayah," cerita.

Pengalaman Hae Jin membuatkan ramai peminat simpati dan sentiasa mendoakan dirinya bahagia hidup bersama ibu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain