suria

Pelanggan restoran teruk kena belasah, dituduh cuba rakam foto David Beckham dan Lionel Messi 

Victoria lari menyelamatkan diri daripada tempat kejadian.

BEKAS anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham terpaksa mengheret anak perempuannya iaitu Harper Seven Beckham keluar dari sebuah restoran mewah di Miami selepas berlaku pergaduhan besar.

Mirror melaporkan Victoria dan suaminya David Beckham ketika itu sednag menjamu selera bersama pemain bola sepak Lionel Messi dan isterinya, Antonela Roccuzzo di restoran berkenaan.

Bagaimanapun mereka terpaksa berlari meninggalkan restoran itu apabila berlaku pergaduhan besar sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera.

vic1 - 1

Victoria menyelamatkan Harper daripada terkait dengan insiden pergaduhan.

Pergaduhan tercetus selepas seorang pelanggan dalam restoran itu didakwa mahu mengambil gambar Messi.

Akibat salah faham itu, pengawal keselamatan tersebut telah menendang dan menyerangnya sehingga cedera.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak David Beckham kongsi foto cium kekasih atas padang... Victoria tinggalkan komen seakan-akan beri restu

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa Victoria Beckham tidak terlibat reunion Spice Girls, bagi alasan fokus fesyen

Menjelaskan keadaan sebenar, mangsa memberitahu rakannya hanya mahu mengambil foto keluarganya sendiri.

"Mereka (pengawal keselamatan) melompat ke arah kami, menendang saya keluar dan menumbuk muka saya.

"Semuanya disebabkan rakan saya cuba untuk mengambil gambar dengan isterinya... bukan gambar Beckham atau Messi," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain