suria

Tayang foto bercuti di Hawaii, Paris Hilton dituduh tak sensitif tragedi kebakaran... Rupanya awal-awal dah buat sumbangan

Paris Hilton sedang bercuti di Maui bersama suami dan anak mereka.

PENYANYI dan bintang realiti Paris Hilton menerima kecaman gara-gara bercuti bersama keluarganya di Hawaii ketika salah satu tempat di kepulauan itu berdepan kebakaran hutan.

Paris didakwa tidak menjaga sensitiviti masyarakat setempat apabila mempamerkan foto percutian di tepi pantai bersama keluarganya.

Difahamkan ketika kejadian kebakaran itu, Paris berada di Lahania iaitu 42 kilometer daripada lokasi kebakaran di Maui.

15

Paris Hilton dikecam netizen kerana bercuti di Hawaii

"Paris kalau boleh janganlah muat naik gambar, tak tahu jaga perasaan orang ke?

"Sekurang-kurangnya ada sedikit rasa simpati terhadap mangsa dan bukannya mempamerkan keseronokan ketika orang lain berdepan bencana," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton sambut kelahiran bayi lelaki guna kaedah ibu tumpang

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton akhirnya dedah wajah anak, beri nama Phoenix

Bagaimanapun Daily Mail melaporkan Paris dan suami, Carter Reum secara peribadi telah menghulurkan bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran.

Kebakaran itu telah mengakibatkan 96 orang terbunuh dan dicatat sebagai bencana alam paling buruk melanda Hawaii sejak tsunami yang mengorbankan 61 nyawa pada 1960.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​

Artikel Lain