suria

Bantu pasangan suami isteri umum jantina anak, Adele pula mengalirkan air mata

Adele menangis sebak selepas mengumumkan jantina bayi peminatnya.

PENYANYI Adele gagal menahan air mata ketika membantu pasangan suami isteri mengumumkan jantina dalam kandungan ketika mengadakan persembahan residen di Las Vegas baru-baru ini.

Mirror melaporkan Adele sebelum itu melihat sepanduk yang dipegang pasangan suami isteri itu ditempat duduk penonton menyeru penyanyi itu mendedahkan jantina anak mereka.

Pasangan suami isteri itu dikenali sebagai Shantelle dan Chris yang terbang dari New York ke Las Vegas bagi menghadiri konsert itu memberitahu mereka berbesar hati Adele menunaikan permintaan mereka.

adele - 1

Adele membantu merealisasikan permintaan peminat.

"Kami sebenarnya sudah mengetahui jantina bayi kami sejak usia kandungan memasuki 12 minggu dan memang menunggu saat ini untuk maklumkan kepada semua.

"Apa lebih istimewa Adele yang mengumumkan berita gembira ini kepada dunia," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adele dah bertunang, bilang hari bergelar isteri Rich Paul

ARTIKEL BERKAITAN: Adele sambung belajar dalam bidang sastera Inggeris, mahu jadi seorang guru

Dalam pada itu, Adele yang membuka sampul surat yang diberikan Shantelle gagal menahan sebak apabila memaklumkan pasangan itu bakal menimang cahaya mata lelaki.

"Shantelle dan Chris bakal menimang bayi lelaki. Ia sangat mengagumkan... saya sangat gembira untuk anda berdua," ujarnya.

Momen menyentuh perasaan itu turut tular di media sosial selepas Shantelle dan Chris berkongsi video tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain