PELAKON drama bersiri popular The Glory iaitu Lee Do Hyun antara selebriti terbaharu yang mula menjalani latihan ketenteraan di Korea Selatan. Do Hyun, 28, dilaporkan mendaftar ke kem tentera pada 14 Ogos lalu selepas menyelesaikan penggambaran projek terakhirnya drama The Good Bad Mother. Berita pelakon itu menyertai latihan ketenteraan mula jadi perbualan peminat apabila foto Do Hyun sedang menjalani saringan kesihatan tersebar di media sosial. Lee Do Hyun berehat daripada industri hiburan. Dalam pada itu, Do Hyun dilaporkan akan bertugas bersama pasukan tentera udara Korea Selatan selepas tamat menjalani latihan asas. Pelakon itu akan menjalani latihan ketenteraan yang diwajibkan bagi semua kaum lelaki di negara itu selama dua tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun temui cinta di lokasi The Glory ARTIKEL BERKAITAN: Lee Do Hyun tak sedar nama tengah popular sejak bintangi The Glory Selain drama The Glory dan The Good Bad Mother, nama Do Hyun meniti di bibir peminat apabila dia didakwa sedang bercinta dengan aktres Lim Ji Yeon. Pasangan itu dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam drama The Glory yang menjalani penggambaran tahun lalu. Selain Do Hyun dan Ji Yeon, drama itu turut dibintangi oleh Song Hye Kyo, Cha Joo Young, Kim Hieora, Park Sung-hoon dan Kim Gun-woo. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!