suria

Tersentuh suami sapu minyak selepas kemalangan, Lady Nayoan lupa skandal Rendy Kjaernett

Nayoan lupakan kisah curang suami dengan Syahnaz (kanan).

RUMAH tangga pasangan pelakon Rendy Kjaernett dan Lady Nayoan kembali pulih selepas dilanda pelbagai dugaan termasuk isu kecurangan.

Nayoan dalam satu temu bual memberitahu dia terbuka hati memaafkan suaminya selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 31 Julai lalu.

Katanya sepanjang tempoh pemulihan, Rendy sentiasa berada di sisi menjaganya dan sikap suaminya itu membuatkan dia mahu memberi peluang kepadanya memperbaiki perkahwinan mereka.

rendy kjaernett 2

Hubungan Rendy dan Nayoan semakin kuat.

"Selepas kemalangan itu, dia selalu sapu minyak untuk saya. Dia sentiasa berdoa. Sembilan tahun bersama, susah untuk lihat dia berdoa tapi kali ini dia memohon kepada Tuhan kesembuhan saya.

"Ada ketika dia pegang belakang saya dan berdoa. Saya melihat dia tidak sama seperti sebelum ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes curang Rendy Kjaerneet berakhir dengan cerai, Lady Nayoan tuntut hak penjagaan anak

Nayoan berkata, dia sudah melupakan perbuatan curang Rendy yang sebleum ini pernah menjalinkan hubungan sulit dengan adik kepada Raffi Ahmad iaitu Syahnaz Sadiqah.

Disebabkan kecurangan itu, Nayoan nekad memfailkan cerai terhadap Rendy pada 10 Julai lalu.

Bagaimanapun perbicaraan cerai pasangan itu ditangguhkan susulan mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain