suria

Jisoo Blackpink libas rambut, ‘reject’ lamaran peminat angkat sepanduk mahu jadi kekasih

Jisoo menolak permintaan peminat untuk menjadi kekasih.

AKSI spontan Jisoo melayan permintaan pelik seorang peminat semasa Konsert Jelajah Born Pink 2023 yang diadakan di New Jersey, Amerika Syarikat pada Khamis lalu menjadi bualan netizen di media sosial.

Menurut laporan Allkpop, seorang peminat lelaki yang menghadiri konsert berkenaan mengangkat sepanduk menyatakan hasrat mahu menjadikan penyanyi itu kekasih.

"Jisoo, bolehkah saya menjadi teman lelaki kamu?" tulis pada sepanduk berkenaan.

jisoo1 - 1

Peminat Jisoo mencuba nasib untuk menjadi kekasih.

Sejurus melihat sepanduk berkenaan, Jisoo terus membuat simbol X dengan menyilangkan kedua-dua jarinya.

Penyanyi itu juga dilihat berlalu pergi sambil mengibaskan rambutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap luang masa bersama di rumah... Jisoo Blackpink, Ahn Bo Hyun sah bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya mampu bergambar, Jisoo rindu donat dan kopi - "Mesti sedapkan?"

Video momen itu dimuat naik oleh berkenaan di TikTok dan menerima jutaan tontonan.

Ia turut mengundang pelbagai reaksi netizen dan ada menyifatkan penyanyi lagu Flower itu telus dan jujur.

"Jisoo tidak teragak-agak untuk menjawab. Dia sangat jujur.

"Dia (Jisoo) sangat jujur. Penolakan (rejection) paling comel," tulis netizen.

Sebelum ini, agensi pengurusan YG Entertainment dan FN Entertainment mengesahkan Jisoo dan pelakon Ahn Bo Hyun sedang menjalinkan hubungan cinta.

jisoo2 - 1

Jisoo sedang menjalin hubungan cinta dengan Bo Hyun.

Bibit-bibit hubungan cinta mereka dapat dihidu oleh Dispatch apabila secara eksklusif melaporkan Bo Hyun kerap menghabiskan masa di rumah Jisoo di Yongsan, Korea Selatan.

Untuk info, Bo Hyun berusia 35 tahun dan Jisoo berusia 7 tahun lebih muda.

Kedua-dua bintang itu memulakan kerjaya pada 2016 iaitu Bo Hyun menerusi filem Hiya dan Jisoo memulakan kerjaya nyanyiannya bersama Blackpink.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain