suria

Disangka mati lemas, Lily Allen rupanya menyelinap bilik hotel lelaki tidak dikenali 

Lily Allen mengimbau kisah silam.

BAPA penyanyi Lily Allen pernah membuat laporan polis terhadapnya selepas dia menghilangkan diri ketika mereka bercuti di Brazil.

Lily berkata, ketika itu dia tidak menghilangkan diri sebaliknya menyelinap ke bilik seorang lelaki dikenali sebagai Fernando untuk melakukan hubungan seksual.

"Saya hilang dara kepada seorang lelaki bernama Fernando di Brazil sehingga bapa saya sangka saya hilang.

lily2 - 1

Lily mengakui dirinya hilang dara pada usia 12 tahun.

"Sebenarnya saya menyelinap ke bilik hotel Fernando dan terkejut apabila polis berada di lobi sedang mencari saya yang dilaporkan hilang.

"Rupanya bapa saya membuat laporan polis kerana saya tidak kembali ke bilik," katanya seperti dilaporkan E News.

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Soda kecewa netizen tuduh baju seksi punca terima gangguan seksual... Penganjur konsert bakal ambil tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Bantu pasangan suami isteri umum jantina anak, Adele pula mengalirkan air mata

Dalam pada itu, Lily memberitahu ketika itu ramai menyangka dia sudah mati disebabkan lemas di dalam laut.

Kata Lily, kejadian itu juga membuatkan dia insaf dan tidak lagi mendekati mana-mana lelaki.

"Mereka benar-benar menyangka saya hilang dan lemas di pantai. Tidak! Saya hanya kehilangan dara," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain