suria

Denny Sumargo didakwa palsu laporan DNA anak, DJ Verny tuntut ujian kedua

Verny (kanan) mahu Denny buktikan dia bukan bapa kandung anaknya.

PELAKON Denny Sumargo menyahut cabaran DJ Verny Hasan untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kali kedua bagi membuktikan dia bukan bapa kandung anak kepada wanita itu.

Denny, 42, yang membalas kenyataan Verny di Insta Story miliknya itu juga akan bertindak membuat laporan polis.

Menurut Denny laporan tersebut bertujuan supaya tidak timbul masalah berbangkit di masa akan datang sekira jelas terbukti laporan DNA yang dibuat adalah benar.

denny sumargo 2

Denny bersama isterinya Olivia Allan.

"Saya sudah baca tentang cerita minta buat laporan DNA dan pihak saya tiada masalah.

"Kepada yang follow Instagram Verny minta sampaikan kerana saya sudah disekat. Ayuh lakukan ujian kedua, ketiga atau keempat... Saya tidak ada masalah," katanya.

Nama Verny sebelum ini pernah menjadi bualan ramai apabila dia mendakwa dirinya hamil anak Denny sekitar tahun 2013.

ARTIKEL BERKAITAN: Seks jadi dingin, hilang nafsu terhadap isteri... Denny Sumargo hampir cerai lepas 3 bulan kahwin

Menurut laporan DNA yang telah dibuat ketika itu, jelas membuktikan Denny bukan bapa kandung kanak-kanak tersebut.

Bagaimanapun Verny mendakwa ujian yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat kerana Denny melakukannya di sebuah pusat kesihatan pilihannya sendiri.

Justeru baru-baru ini, Verny sekali lagi menuntut melakukan ujian sama namun di klinik pilihannya supaya tidak timbul keraguan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain