suria

IU hantar tiga trak kopi di set penggambaran, peminat tersenyum baca komen ‘sweet’ Park Seo Joon

IU memberi kejutan buat Park Seo Joon.

PERSAHABATAN yang akrab membuatkan penyanyi dan pelakon IU sanggup menghantar tiga buah lori kopi untuk diberikan kepada pelakon Park Seo Joon dan seluruh tenaga produksi drama lakonan terbaharunya.

Menerusi hantaran di Instagram milik Seo Joon, aktor berkenaan mengucapkan terima kasih kepada IU kerana telah menceriakan barisan pelakon termasuk Heo Jun Seok dan pengarah seni mempertahankan diri iaitu Lim Seung Mook.

Difahamkan, Seo Joon kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk musim kedua drama misteri berjudul Gyeongseong Creature.

psj2 - 1

Seo Joon bergandingan dengan IU dalam filem Dream.

"Somin PD (IU), anda telah dibayar?" tulis Seo Joon.

Aktor drama Itaewon Class itu memanggil IU dengan nama Somin PD yang merupakan watak dalam filem lakonan bersama mereka iaitu Dream.

ARTIKEL BERKAITAN: Kunci mulut kisah cinta, Park Seo Joon malas layan gosip

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi bercuti di Jepun, Lee Jong Suk akhirnya mengaku bercinta dengan IU

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kebaikan aktres berkenaan dan menyifatkan persahabatan kedua-dua selebriti itu penuh dengan kemesraan.

"IU kawan yang sangat baik... disebabkan itu ramai yang sayang kepadanya.

"Saya sudah menonton filem Dream lakonan IU dan Park Seo Joon... memang sweet.

"Wow, sweetnya mereka," tulis netizen.

Untuk rekod, filem Dream menceritakan tentang kisah sekumpulan individu yang cuba untuk bertanding di Piala Dunia Gelandangan iaitu acara bola sepak antarabangsa tahunan.

Menerusi filem tersebut, Seo Joon memegang watak Yoon Hong Dae, seorang pemain bola sepak profesional yang menjadi jurulatih bola sepak kepada sebuah pasukan yang teruk.

Manakala IU memainkan watak Lee So Min, seorang penerbit stesen penyiaran yang ingin menghasilkan dokumentari pasukan bola sepak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain