suria

Charlize Theron tak sanggup tambah berat badan, rupanya ada sebab mahu ‘maintain’ kurus

Theron kini lebih memilih tawaran berlakon.

PELAKON Charlize Theron menolak sebarang tawaran filem yang memerlukan dia melakukan transformasi bentuk badan terutama watak yang memerlukan dia menambah berat.

Kata Theron, 48, faktor usia adalah alasan utama untuk dia membuat keputusan sedemikian kerana kini dia kini berdepan kesukaran untuk mendapatkan bentuk badan ideal.

Theron berkata semasa usia muda dia hanya mengurangkan pengambilan makanan untuk menurunkan berat badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna sudah bersalin anak kedua, timang bayi lelaki 3 Ogos lalu

"Saya tidak akan buat filem yang perlukan saya tambah berat badan. Saya tak mahu sebab susah untuk turunkan semula.

"Ketika berusia 27 tahun dan berlakon dalam filem Monster, saya boleh turunkan sebanyak 13 kilogram dalam masa singkat," katanya dalam satu temu bual.

charlize theron 1

Theron akui sukar untuk menurunkan berat badan.

Bercerita lanjut, pelakon filem Monster ini memberitahui dia terpaksa meminta nasihat doktor kerana merasakan terlalu penat untuk mendapatkan berat badan normal pada usia 43 tahun.

"Kemudian pada usia 43 tahun, saya masih ingat lagi di mana ketika itu saya ambil masa setahun untuk turunkan berat badan.

"Saya terpaksa hubungi doktor kerana ketika itu merasakan ia terlalu sukar. Menurut doktor kadar metablolisme badan saya kini tidak lagi seperti dulu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain