suria

Ada karisma tersendiri, V BTS lelaki paling kacak di dunia 2023

V BTS muncul sebagai lelaki paling kacak di dunia 2023.

ANGGOTA kumpulan BTS iaitu V muncul sebagai Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2023 menerusi senarai yang dikeluarkan oleh TechnoSports.

V atau Kim Tae Hyung, 28, menduduki tempat pertama senarai itu menewaskan sembilan nama selebriti lain berdasarkan undian peminat.

Memiliki karisma tersendiri dan popular di seluruh dunia, kedudukan V itu pastinya menjadi satu kebanggaan buat peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Army.

V sekali lagi dipilih sebagai lelaki paling kacak bagi tahun 2023.

V mempunyai karisma tersendiri yang membuatkan ramai mengundinya.

Nama V dipilih berdasarkan pilihan pembaca di mana senarai tersebut dibuat bermula awal tahun lalu sebelum dia berjaya menduduki tangga teratas untuk tempoh beberapa bulan.

Ini merupakan tahun kedua V disenaraikan sebagai lelaki terkacak dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa saja V BTS pakai pasti jadi ikutan, kali ini loket sold out kurang 10 minit

Antara nama lain yang turut tersenarai adalah pelakon Robert Pattinson (tempat kedua), Hirthik Roshan (ketiga) dan Tom Holland (keempat).

Sementara itu, bekas pemain bola sepak David Beckham pula berjaya menduduki tempat kelima mendahului aktor Idris Elba.

robert pattinson 1

Robert Pattinson dan Hirthik Roshan masing-masing berada ditempat kedua dan ketiga senarai itu.

Perdana Menteri Kanada iaitu Justin Trudeau pula menduduki tangga ketujuh.

Nama lain dalam senarai 10 lelaki terkacak adalah Bradley Cooper, Chris Evans dan Zac Efron.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain