PENYANYI Britney Spears sekali lagi menimbulkan kekecohan apabila memuat naik video sedang menunggang kuda dalam keadaan separuh bogel. Britney, 41, menerusi hantaran di Instagram memberitahu dia terpaksa menanggalkan pakaiannya ketika menunggang kuda di sebuah kawasan padang pasir. Bagaimanapun dia tidak mendedahkan punca dia tampil separuh bogel. Britney menanggalkan baju bagi menunjukkan tatu ular yang baru dibuatnya. "Saya terpaksa menanggalkan baju saya di padang pasir! Saya sepatutnya berbogel," katanya. Bagaimanapun hantaran tersebut dipadam sebelum ditukar dengan video lain memperlihatkan dia menunggang kuda memakai blaus berwarna kuning. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas fail cerai... Sam Asghari hilang kerja, Britney Spears pula sibuk pelancaran buku ARTIKEL BERKAITAN: Identiti lelaki bertatu jadi tanya tanya, keluar makan dengan Britney Spears sampai 1 pagi Peminat yang mengecam tindakan liar penyanyi bermasalah itu mula merasakan kesihatan mental Britney tidak berada dalam keadaan baik dan berharap dia mendapatkan bantuan psikologi. Ramai berharap Britney mengubah kehidupannya sebelum terlambat dan mahu melihat penyanyi itu kembali ke pentas menghiburkan peminat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!