PELAWAK Lil Rel Howery membuat kejutan melamar teman wanitanya iaitu Dannella Lane semasa menghadiri konsert sempena hari kelahiran penyanyi, Beyonce. Pelawak berusia 43 tahun itu melamar Dannella ketika Beyonce sedang menyanyikan lagu Love On Top dalam konsert berlangsung di Stadium SoFi di Inglewood, California, Amerika Syarikat pada Isnin lalu. Menerusi paparan skrin besar Lil dilihat mengeluarkan cincin daripada kotak dan memberikan kepada wanita itu. Lil memaklumkan bahawa pertunangan di konsert Beyonce adalah waktu paling sesuai. “Dia kata ya!" tulisnya dalam satu hantaran di Instagram. Lil turut berterima kasih kepada dua rakannya kerana telah membantu menjayakan detik istimewa tersebut. "Malam ini Beyonce mengadakan persembahan hari lahir yang menakjubkan. Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa persembahan anda untuk menjadikan Dannella tunang saya," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Seksi! Beyonce berani sarung baju warna kulit, peminat bagi cadangan jadikan koleksi muzium ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Ernie Zakrie tonton konsert Beyonce terlaksana, terbang sampai ke London... Paling best dapat pergi dengan suami Pelakon Get Out itu dalam satu hantaran lain menjelaskan konsert tersebut merupakan masa yang sesuai untuk dia melamar Dannella. “Saya memberitahu anak-anak dan mengadakan perbincangan dengan mereka serta beberapa rakan dan keluarga. Dannella, dia tidak tahu,” ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!