PERTEMUAN penyanyi Indonesia, Ahmad Dhani dan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen apabila dua figura itu dipertemukan dalam acara Temu Anwar yang diadakan di Jakarta pada Selasa lalu. Menerusi perkongsian di Instagram, Ahmad Dhani atau nama sebenarnya Dhani Ahmad Prasetyo, 51, memuat naik foto bersama Anwar dengan kapsyen mengundang perhatian ramai. "Sama-sama pernah dipenjara," tulisnya. Ahmad Dhani juga teruja bertemu PMX. Kapsyen ditulis Ahmad Dhani itu menarik perhatian pengikut daripada dua negara dan rata-ratanya terhibur dengan perkongsian itu. Malah, penyanyi Noh Salleh sempat bergurau memberikan cadangan kedua-dua mereka diberikan nama kumpulan The Cellmate. Ramai yang menyifatkan kedua-dua mereka mempunyai persamaan kerana dipenjarakan akibat politik, namun tetap bangkit menjadi individu lebih hebat. ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani kongsi foto cium Mulan Jamela, netizen dakwa ‘wayang’ tutup masalah rumah tangga "Ahmad Dhani dan Anwar Ibrahim sama-sama orang hebat yang pernah dipenjarakan tetapi bangkit kembali. "Sama-sama pernah menjadi mangsa politik," tulis netizen. Sekadar informasi, Temu Anwar merupakan sebuah program dialog anak muda bersama Anwar. Anwar mengadakan sesi pertemuan dengan penggiat seni Indonesia. Ia khusus bagi memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat terutamanya anak muda untuk mengutarakan soalan secara langsung. Temu Anwar Jakarta merupakan salah satu program dalam rangka lawatan perdana menteri ke negara itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 yang berlangsung bermula Selasa hingga Khamis ini. Untuk rekod, Ahmad Dhani ditahan dan dipenjarakan di Cipinang, Jakarta Timur selama 18 bulan selepas didapati bersalah menyebarkan mesej berunsur kebencian dalam tiga kenyataan di Twitter pada tahun 2019. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!