suria

Ahmad Dhani kongsi foto cium Mulan Jamela, netizen dakwa ‘wayang’ tutup masalah rumah tangga

Perkongsian Ahmad Dhani mengundang kecaman banyak pihak.

NETIZEN meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan penyanyi dan komposer Ahmad Dhani mempamerkan aksi mesra bersama isteri iaitu Mulan Jamela di Instagram miliknya.

Ahmad Dhani atau Dhani Ahmad Prasetyo, 51, dikecam selepas memuat naik foto seakan-akan sedang bercium dengan Mulan sambil meninggalkan kata-kata romantis buat isteri menerusi ruang kapsyen.

Ahmad Dhani dan isteri.

Ahmad Dhani menepis dakwaan rumah tangga bermasalah.

"Isteri ku yang tercinta," tulisnya ringkas pada bahagian kapsyen di Instagram.

Pengikut vokalis kumpulan Dewa 19 itu menyifatkan kemesraan yang dipaparkan tidak sesuai dipamerkan pada umum kerana ia mungkin boleh memberi pandangan negatif dan fitnah dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Once tiada hak, Ahmad Dhani minta jangan pertikai isu royalti Dewa 19

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan suka-suka pegang, isteri orang tu” - Aksi spontan Ahmad Dhani pegang bahu Fazura undang kecaman

Dalam pada itu, ada pula mendakwa Ahmad Dhani berkongsi gambar mesra bersama Mulan bagi mengaburi pandangan umum mengenai masalah rumah tangga yang sedang dihadapi mereka.

"Saya pernah lihat hantaran suami isteri mesra macam ini di media sosial tapi ternyata hubungan mereka ada masalah cuma berselindung sahaja," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain